Tuesday 19 November 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah
Alhamdulillah
Alhamdulillah untuk segalanya

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
(55:55)

Allahuakbar!

Kasih-sayangMu mendahului murka-Mu

Dan aku
Hanya pendosa
Allah :'(

Selawat dan salam atas Rasul junjungan
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad
Wa 'Ala Aali Sayyidina Muhammad

Wednesday 31 July 2013

Maaf Dari Hati

Mungkin aku yang lalai 
Mungkin aku yang leka 
Mungkin aku yang alpa 

Tanpa aku sedar
ada hati yang terluka 
kerana khilafku

Mungkin gurauan aku keterlaluan 
Mungkin bicara aku menghiris

Maaf dari hati
Diri ini tak sempurna 


Thursday 18 July 2013

Aku Pendosa Tanpa Noktah !

Saat bibir tak mampu 
mengungkapkan walau sepatah kata 
Hati tak berhenti melirih 
Mengadu pada Yang Maha Esa
Moga dilimpahi rahmat kasih sayangnya
Jiwa pasrah memohon 
Moga diampunkan dosa-dosa lalu



Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan 

Ya Allah, 
sesungguhnya hamba-Mu ini tidak pernah lepas daripada melakukan dosa.

Ya Allah, 
Kau ampunkanlah dosaku, 
dosa kedua ibu bapaku,
dan dosa sekalian 
muslimin dan muslimat.
Aamiin..

Friday 5 April 2013

Tutup Aurat Tu Wajib

Cik Perempuan: Ustazah, kenapa kena tutup aurat? 

Ustazah: Allah kata supaya dengan cara begitu, kamu tidak akan diganggu. Maksudnya labuhkan tudung, pakai handguard, pakai stokin semua tu adalah untuk jaga diri kamu dan juga jaga orang lain.

Cik Perempuan: Jaga orang lain?

Ustazah: Jaga ramai orang iaitu:-

1. Jaga status ayah/suami/sedara mara or whole family kamu dari title dayus. Tak tegur dan tak larang, maka dayuslah mereka.
2. Jaga iman kamu. Jaga iman orang lain.
3. Jaga nafsu. Lelaki tengok taklah bangkit syahwat mereka.
4. Jaga mata. Bila semua mata terjaga, sampai ke pemimpin boleh buat kerja dengan aman.
5. Jaga negara dari huru-hara. Aurat terjaga, negara aman. Aurat tak terjaga, negara porak-peranda.

Cik Perempuan: Panas tau tutup2 ni. Fesyen pun tak style.

Ustazah: Sekarang dah berlambak di kedai tu jenis kain yang dipakai rasa tak panas. Pergi kedai dan tanya. Nak fesyen tudung labuh dengan style pun ada. Sekarang dah moden.

Cik Perempuan: Kalau pakai, orang kata ustazah la apa lah?

Ustazah: Eloklah dapat title ustazah dari dapat title mengarut. Cuba tengok title apa yang pencuri gambar-gambar gadis bagi. Semuanya teruk. Tak sanggup nak sebut. Nauzubillah. Minta jauh.

Cik Perempuan: Nanti kalau dah pakai tudung, orang tak puas hati juga. Komen suruh pakai purdah pula?

Ustazah: Kita hidup bukan nak puaskan hati orang atau penuhi kehendak manusia. Kita nak penuhi kehendak Allah. Mulut manusia akan diam bila mati. Tapi arahan dari Kalamullah berbicara sampai akhirat.

Cik Perempuan: Dah tu, kenapa kena pakai purdah pula?

Ustazah: Itu pilihan masing-masing. Poin utama adalah tutup aurat dan jaga aurat. Itu dah cukup.

Cik Perempuan: Adakah orang yang pakai purdah tu semuanya lawa sampai kena pakai?

Ustazah: Sama sahaja seperti wanita lain. Ada yang lawa, ada yang biasa. Mereka pakai atas alasan tersendiri kerana Allah Ta'ala. Tutup aurat dan jaga aurat itu lebih besar isunya dari isu purdah. Lupakan isu purdah.

Cik Perempuan: Apa faedahnya buat semua ni?

Ustazah: Dengar cakap ayah mak, mereka gembira mereka bahagia. Dengar cakap guru, pelajar berjaya. Dengar cakap Allah? Syurgalah jawabnya.

Cik Perempuan: Tak boleh ke kalau nak tunggu sampai ikhlas dulu?

Ustazah: Yang kata kepada kamu 'tunggulah ikhlas dulu' di dalam hati kamu adalah syaitan. Mereka merasuk semahunya hati dan menggoyangkan iman kamu. Mereka yang kata kepada kamu 'tunggu bersedia dulu', 'tunggu hingga tua dulu', 'tunggu sampai nak ke Mekah', 'muda kita enjoy'. Itu bukan kata-kata dari hati naluri kamu yang paling dalam. Hati naluri kamu yang tersorok di dasar sedang menangis supaya kamu selamatkan diri dari azab api neraka Allah.

Cik Perempuan terdiam seketika.

Ustazah: "Qad Aflahaman Zakkaha. Wa Qad Khaa Baman Dassaha". Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya."

Cik Perempuan terdiam lama.

Wednesday 27 March 2013

Beza Perempuan & Muslimah

Beza seorang perempuan dengan seorang muslimah..

*Perempuan*

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.

TETAPI SEORANG...

*Muslimah*

Apabila teruna memandangnya,
Muslimah tunduk mengelak dari panah syaitan.

Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari..

*semoga ALLAH melindungi kaum wanita*